Sebelum aku terangkan tentang cara berhenti menonton video lucah ni, eloklah korang tahu fakta ni dulu:
.
Menonton pornografi ni, merupakan satu penyakit yang semakin membarah di kalangan warga muda di Malaysia.
.
Ya, aku pun pernah terjebak jugak. Sama je.
.
Menurut Pengarah Love Myself Campaign Dr. Shamsuriani Md Jamal, statistik global yang dikeluarkan laman web lucah di Amerika Syarikat baru-baru ini menyebut MALAYSIA antara negara paling tinggi di Asia yang menonton sumber pornografi!
Dr. Shamsuriani Md Jamal, pengarah Love MySelf Campaign anjuran IKRAM.
.
Hasil kajian menunjukkan, kira-kira 80 peratus remaja Malaysia terdedah kepada bahan pornografi.
.
Tak perlu tuju pada orang lain Bro.
.
Diri kita pun mesti pernah terjebak. Lagi parah kalau sudah jadi ketagih.
.
Bila dah ketagih tu, setiap hari mesti nak layan saja video lucah ni.
.
.
Masalahnya, orang muda macam aku ni, yang bakal menamatkan zaman bujang.
.
Takkan nak terus ketagih pornografi ni walaupun lepas kahwin?
.
Tak kesian ke dekat bini?
.
Layan video porno satu hal, lagi berat bila selalu pula melancap.
.
Adoi.
Risau beb. Korang tak risau ke?
.
Tak kesian ke dekat bakal isteri korang nanti?
.
Tak takut ke mati pucuk sebab selalu sangat melancap + menonton video porno?
.
.
Aku mula terfikir benda ni lepas hadir kursus kahwin.
.
Penceramah tu macm tahu-tahu je bakal pengantin depan dia tu suka tonton video lucah.
.
Yang lelaki pula, suka melancap.
.
Sentap kot bila penceramah tu cakap benda ni.
.
So, selepas daripada tu, memang dah lama dah aku cari cara berhenti menonton video lucah ni.
.
Sebab, antara kesan negatif tonton video lucah dan melancap ni, pastilah mendatangkan dosa.
.
Kita orang Islam, ada dosa, ada pahala.
.
Di sana nanti ada pula syurga dan neraka.
.
Takkan kita nak biarkan tubuh kita dibakar sebab suka tonton pornografi?
.
Lagipun, bila selalu onani ni, risiko mati pucuk di usia muda akan tinggi.
.
Huhu.. banyak lagi do sebenarnya keburukan sangap video lucah ni.
.
Apa-apapun, ikuti penerangan Psychologist daripada ML Studio di bawah ni – tentang faktor ketagihan Pornografi.
.
Video ni dulu, banyak membuka mata & kepala aku tentang pornography addiction ni.
.
Sebenarnya, pornografi ni pun akan mengurangkan rasa cinta kita kepada pasangan kita.
.
Sebab tu la banyak kes cerai yang berlaku walaupun baru berkahwin.
.
Antara puncanya sebab si suami yang ketagih tonton video lucah.
.
Jadi, aku nekad nak berhenti tengok video lucah!
.
.
Alhamdulillah, sekarang sudah 6 bulan aku hidup tanpa menonton video lucah dan onani.
.
Memang susah nak harunginya Bro, sebab aku pun bukannya malaikat.
.
Nak buang tabiat yang sebati tu, memang kena ada keazaman yang sangat tinggi.
.
.
Jadi, Apa Cara Berhenti Menonton Video Lucah yang Terbaik?
.
.
Di sini, aku nak kongsikan 5 cara berhenti menonton video lucah yang boleh korang juga amalkan.
.
.
1) Puasa
.
.
Ya, puasa. Puasalah sunat.
.
Korang rasa korang sanggup tak tengok video lucah ni waktu puasa?
.
Nak onani waktu puasa?
.
Lagilah tak boleh!
.
Tapi aku tahu, tips ni memang sukar diamalkan bagi sesetengah orang.
.
Ya lah, takkan nak puasa setiap hari.
.
Tapi maksud aku, at least belajar puasa 1 hari seminggu – hari Khamis contohnya.
.
Paling kurang pun, kita bermula untuk disiplinkan diri tak tengok porn pada hari Khamis.
.
InsyaAllah bro. Start perlahan-lahan. Yang penting ada usaha!
.
Malah, Rasulullah SAW sendiri ada bersabda bahawa puasa mampu mengurangkan rasa nafsu ini.
.
Sabda Rasulullah SAW:
.
Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya. (Riwayat Ibnu Mas’ud)
.
.
2) Jangan Selalu Bersendirian
.
Bila duduk bersendirian dalam bilik ke contohnya, mula la tangan kita merayap nak menaip benda bukan-bukan.
.
Sebabnya dalam bilik tu bukan sekadar ada kita, tapi ada juga syaitan!
.
Jadi, jangan duduk seorang diri!
.
Keluarlah, bersosial dengan kawan ke, sembang dengan mak ayah ke.
.
Asalkan jangan duduk seorang diri.
.
Kalau duduk kampus, jangan pilih bilik single.
.
Kalau duduk rumah sewa pun, jangan tidur seorang diri.
.
Sampai tahap anda boleh kawal nafsu anda, lepas tu anda nak duduk seorang diri pun, terpulang.
.
Tips Ekstra: Latih diri jangan bawa Handphone/Laptop ke dalam bilik.
.
Masa untuk korang main handphone, ataupun socialize – terhadkan penggunaannya hanya di ruang tamu & ditempat-tempat lain.
.
.
3) Senaman
.
.
Bila terasa nak tengok video lucah, lekas-lekas bangun dan bersenam!
.
Sebenarnya tak perlu tunggu pun perasaan tu.
.
Cuba kekalkan tabiat senaman setiap hari, sama ada pagi, petang atau malam.
.
Kalau tak buat aktiviti seperti senaman ni, darah akan terus berada pada bahagian kemaluan.
.
Sebab tu mudah sangat terangsang.
.
Aktiviti senaman ni tak kisah la nak buat kat mana pun, asalkan buat aktivitu yang menggerakkan tubuh badan.
.
So far bagi aku, cara ni lah yang paling baik berbanding cara berhenti menonton video lucah yang lain.
.
Sebab dia ‘tarik’ tenaga & attention kau kepada aktiviti yang lain.
.
***Boleh baca selepas ini: Senaman seks untuk kembalikan kesihatan batin.
.
.
4) Bertaubat
.
Haaa..ini of course!
.
Korang dah buat dosa, dah tengok video lucah dan onani, mestilah korang wajib bertaubat.
.
Wajib hadirkan rasa bersalah pada Allah dan menyesal akan keterlanjuran kita.
.
Ingat, Allah sentiasa melihat apa saja yang kita kerjakan.
.
Sentiasalah merasakan bahawa Allah sentiasa melihat kita.
.
Allah juga Maha Pengampun.
.
Dalam masa yang sama, tanam dalam diri bahawa Allah juga ada sifat Maha Pembalas ke atas setiap kesalahan hamba-Nya.
.
Firman Allah SWT:
.
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya” (Surah al-Mukminun, ayat 1-5)
.
.
5) Doa
.
.
Nampak macam simple kan, tapi doa la senjata umat Islam.
.
Kita doa pada Allah agar Allah kawal nafsu kita.
.
Ingat, kawal nafsu.
.
Nafsu ni bukan benda yang boleh dibuang, tapi boleh dikawal.
.
Kita minta sungguh-sungguh pada Allah agar pelihara iman, kawal nafsu.
.
Mohon supaya kita tidak lagi terjebak nak tengok video lucah lagi, taknak onani lagi.
.
Dalam masa yang sama, menyesal sebab pernah buat benda tu dulu.
.
Sabda Rasullulah
.
“Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit-langit dan bumi.” (Hadis Riwayat Hakim)
.
.
Buat para remaja di luar sana, cukup-cukuplah menonton video lucah, apatah lagi sambil melancap dan onani.
.
Buat mereka yang nak kahwin, cubalah fikirkan perasaan pasangan anda.
.
Kalau mereka tahu tabiat buruk anda ni, anda fikir mereka akan sayangkan anda seperti mana mereka sayangkan anda sekarang ni?
.
Kalau korang sayangkan diri dan pasangan, sayangkan senjata korang, nak pastikan senjata korang tu kekal sihat sampai ke tua, cubalah jengok produk ni:
.
.
Diformulasikan sendiri oleh Dr. Ismail Tambi, Pakar Sakit Tuan no. 1 di Malaysia, insya-Allah produk ini mampu menghangatkan kembali hubungan suami isteri yang mungkin semakin renggang disebabkan tabiat buruk anda.
..
Banyak kisah seks suami isteri yang sebelum hambar menjadi indah kembali setelah mendapat produk yang diluluskan KKM serta disahkan halal oleh JAKIM ini (walaupun ianya sejenis krim sapuan).
.
..
Ni pun bukannya produk merepek dan overclaim macam produk ubat kuat yang bersepah dijual di luar sana tu.
.
InsyaAllah tuan-tuan. Ikhtiar!
.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?