Bagi kebanyakan lelaki, kesihatan zakar lebih dikaitkan dengan penyakit seperti STI (Sexually Transmitted Infections) dan juga ED (Erectile Dysfunction).
.
Memang tak dinafikan bahawa kedua-dua masalah ini akan memberikan kesan terhadap kesihatan zakar anda, namun skop kesihatan zakar adalah lebih luas dari itu.
.
.
Terdapat banyak perkara yang mampu memberikan kesan terhadap kesihatan zakar anda seperti:
- Kebersihan diri
- Perubahan gaya hidup
- Masalah kesihatan
.
Apa Yang Memberikan Kesan Terhadap Kesihatan Zakar?
.
.
Bila kami sebut berkenaan kesihatan zakar, apa yang kami maksudkan adalah:
- Kemampuan anda untuk buang air kecil dengan selesa
- Kemampuan zakar anda untuk ereksi dan kekalkannya
- Tahap kesuburan anda
.
Kesihatan zakar juga termasuklah mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti kanser zakar dan juga STI.
.
Baca Juga : 3 Cara Mudah Tingkatkan Hormon Testosteron Anda!
.
Faktor berikut mampu memberikan kesan terhadap kesihatan zakar anda:
.
.
1. Paras Hormon
.
.
ED biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan seperti paras testosteron yang rendah.
.
Ada banyak penyebab kepada tahap tetstosterone yang rendah ini dan kami akan kongsikan selanjutnya selepas ini.
.
.
2. Umur
.
.
Makin bertambah usia anda, makin tinggi kemungkinan untuk anda mengalami ED atau masalah mati pucuk.
.
Ia biasanya berkait rapat dengan paras hormon testosterone dalam badan anda.
.
Paras hormon ini akan berkurang bila anda semakin berusia.
.
.
3. Masalah Kesihatan
.
.
Masalah-masalah kesihatan yang boleh membawa kepada masalah mati pucuk adalah seperti berikut:
- Tekanan darah tinggi
- Diabetes mellitus (kencing manis)
- Masalah saraf
.
Selain itu, masalah lain yang melibatkan psikologi seperti anxiety dan juga depression turut mampu menjadi puncanya.
.
.
4. Seks
.
.
Kalau anda dan pasangan anda nak melakukan hubungan seksual tanpa menggunakan kondom, pastikan anda dan pasangan bebas daripada STI.
.
Jika tidak, anda perlu pastikan anda menggunakan kondom dengan betul setiap kali anda ingin melakukan hubungan seksual kerana ia mampu mengurangkan risiko STI.
.
Seks yang ganas juga mampu memberikan kesan buruk terhadap zakar anda.
.
Sebagai contoh, bagi anda yang tidak berkhatan, kulit pada kepala zakar yang tertarik dengan kuat mampu mengoyakkannya.
.
Selain itu, jika anda secara tidak sengaja bengkokkan zakar anda yang sedang keras akan membuatkan zakar anda patah.
.
Baca Juga : Cara Ajak & Goda Isteri – Padukan lagi Hubungan Seks Anda, Suami Isteri
.
.
5. Ubat
.
.
Ada sesetengah ubat mampu meningkatkan risiko untuk anda mengalami ED.
.
Bincang dengan doktor atau pakar perubatan jika anda rasakan ubat yang sedang anda gunakan membawa kepada ED atau masalah seksual yang lain.
.
.
6. Kebersihan
.
.
Mengamalkan penjagaan kebersihan yang menyeluruh mampu memberikan kesan terbaik terhadap kesihatan anda.
.
Cuci zakar anda dan bahagian berdekatannya dengan kerap untuk pastikannya kekal bersih.
.
Penjagaan kebersihan yang teruk akan membawa kepada pembentukan smegma iaitu keadaan berminyak dan gatal-gatal serta tidak selesa pada bahagian bawah kulit.
.
Jika smegma terbentuk dengan teruk, ia akan menyebabkan rasa tidak menyenangkan terhadap kulit.
.
Bila pembentukan smegma berlarutan, ia akan membawa kepada balanitis, dimana kepala zakar anda akan menjadi merah menyala.
.
.
Tips Penjagaan Kesihatan Zakar
.
.
Penjagaan zakar memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh atau dalam bahasa mudanya, kesihatan anda secara total memberikan kesan terhadap zakar anda.
.
Ia sangat penting kerana masalah kesihatan akan memberikan kesan terhadap kesuburan dan juga kesihatan zakar anda.
.
Antara saranan kami untuk memastikan kesihatan zakar anda terjamin adalah:
.
.
1.Kekalkan Hidrasi Badan Anda
.
.
Hidrasi adalah penting bukan sahaja untuk kesihatan zakar anda malah ia turut memberikan kesan positif terhadap kesihatan anda secara menyeluruh.
.
Kajian anda menunjukkan bahawa terdapat tanda-tanda yang menghubungkan diantara dehidrasi dan juga ED.
.
Jadi, cuba untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari.
.
.
2. Amalkan Diet Seimbang
.
.
Diet yang seimbang merupakan diantara kunci terpenting untuk mengurangkan kemungkinan penyakit yang berisiko menyebabkan ED:
- Kencing manis
- Sakit jantung
.
Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2016 yang melibatkan 25,096 peserta dan kajian ini adalah untuk melihat hubungan diantara ED dan flavonoids.
.
Flavonoids ni biasanya dijumpai didalam sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
.
Para pengkaji mendapati peserta yang mengambil flavonoids secara kerap lebih rendah risiko untuk mengalami ED.
.
Antara makanan yang mampu meningkatkan kadar testosterone dan juga kesuburan anda adalah:
- Bayam
- Makanan pedas dengan capsaicin
- Avocado
.
.
3. Bersenam Secara Kerap
.
.
Aktiviti senaman secara kerap mampu mengurangkan risiko untuk anda mengalami ED.
.
Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2015 melihat kepada mereka yang mengalami ED dan juga myocardial infarction atau lebih dikenali sebagai sakit jantung.
.
Menerusi kajian ini, ia menunjukkan bahawa home-based walking program mampu mengurangkan risiko mengalami ED.
.
Anda boleh mulakan dengan melakukan senaman mudah seperti berjalan sekitar beberapa minit secara konsisten setiap hari untuk meningkatkan kesihatan zakar anda dan kesihatan anda secara menyeluruh.
.
Tak perlu rushing untuk terus melakukan senaman berat seperti workout di gym dan sebagainya kerana risau anda tak cukup bermotivasi untuk kekal konsisten.
.
Baca Juga : Koleksi Senaman Batin Untuk Kekuatan Seks – Untuk Suami.
.
.
4. Cuba Pelvic Floor Exercises
.
.
Kalau diikutkan kebiasaan, senaman ini lebih kepada kesihatan faraj namun ia sebenarnya sangat berkesan untuk semua termasuklah kesihatan zakar.
.
Senaman jenis ini biasanya akan meningkatkan kemampuan zakar anda untuk ereksi dan kekalkannya.
.
Selain itu, ia juga mampu mengelakkan masalah kencing tak lawas.
.
Pada tahun 2005, ada satu kajian kecil dijalankan terhadap 55 lelaki yang mengalami masalah ED.
.
Hasil kajian tersebut sangat memberangsangkan kerana 40% daripada lelaki tersebut dapat mengembalikan ereksi zakar mereka.
.
35.5% daripada 55 lelaki tersebut pula melaporkan bahawa mereka tak berjaya mengembalikan ereksi zakar mereka sepenuhnya namun ia semakin pulih.
.
.
Anda juga boleh melakukan senaman Kegel yang basics dengan cara mengepit otot yang anda gunakan untuk buang air kecil.
.
Kepit untuk 5 saat dan lepaskan serta ulang sebanyak 10 kali sebelum perlahan-lahan naik ke 20 kali setiap sesi.
.
Lakukan setiap sesi dua atau tiga kali sehari.
.
.
5. Kekalkan Berat Badan Sihat
.
.
Anda sendiri pun tahu banyak manfaatnya jika anda mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal untuk kesihatan anda.
.
Begitu juga untuk kesihatan zakar anda kerana berat badan turut memberikan kesan terhadapnya.
.
Selain itu ia juga akan mengurangkan risiko untuk anda terkena penyakit-penyakit berikut:
- Kencing manis
- Kolestrol tinggi
- Penyakit jantung
.
Kesemua penyakit ini seperti yang kami dah beritahu anda berkali-kali, akan memberikan kesan terhadap kesihatan zakar anda.
.
.
Cara Mencuci Zakar Dengan Betul
.
.
Anda boleh mencuci bahagian zakar nada dengan menggunakan air suam dan dengan sabun jenis unscented dan mild.
.
Jangan gunakan sembarangan sabun dan menggosok zakar anda terlalu kasar kerana kawasan zakar sangat sensitif.
.
Faham kan maksudnya? Hehe..(Jangan melancap kalau anda tak faham lagi)
.
.
Pastikan anda:
- Basuh bahagian zakar dan kulit dibahagian bawah zakar anda termasuklah kulit diantara celah kelangkang anda sebabnya kawasan tersebut banyak mengumpul peluh.
- Cuci bahagian batang zakar anda.
- Bagi anda yang tak berkhatan, tarik ke belakang sikit dan cucinya kerana smegma mudah terkumpul disini dan akan membawa kepada masalah seperti balanitis.
- Basuh bahagian scrotum dan kulit disekelilingnya.
- Basuh bahagian perineum (kulit diantara scrotum dan anus).
- Basuh bahagian berdekatan anus dan diantara punggung anda.
.
Benda ni mudah jer nak buat sebab anda boleh buat semuanya sewaktu mandi dan jangan lupa untuk periksa simptom-simptom STI dibawah:
- Bahan pelik yang keluar dari zakar anda
- Ruam
- Kulit melepuh
- Ketuat
.
Lepas ni anda dah boleh lebihkan bab kebersihan zakar untuk pastikan kesihatan zakar anda lebih terjamin.
.
.
Jangan ambil mudah dan jangan harapkan pasangan anda jer yang kena jaga semua ni.
.
Lama-lama pasangan anda pun boleh jadi tak berselera kalau anda abaikan kebersihan dan kesihatan zakar anda.
.
Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan kesihatan zakar.
.
Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!
Oh yer. Lagi satu.
.
Bukannya nak terlalu promote atau apa, tapi suka untuk saya maklumkan sebenarnya.
.
Jika anda benar-benar serious nak selesaikan masalah berikut:-
.
1) Anda pernah beronani ketika usia muda, dah insaf, dan nak mula menjaga sebaiknya.
.
2) Kulit zakar terlalu sensitif (mudah terpancut).
.
3) Zakar kurang keras dan tegang, mungkin atas faktor peningkatan usia.
.
Jangan risau, XGENE ROYALE ada penyelesaiannya.

Apa yang menarik tentang XGENE ROYALE ini adalah, ianya mempunyai status Clinically Proven (Terbukti Berkesan Secara Klinikal) yang sah, sebelum dipasarkan ke pasaran umum.
.
Ya, Ia bukannya satu produk yang overclaim dan pelik-pelik seperti di luar sana.
.
Paling penting, XGENE ROYALE ini merupakan formulasi Dr. Ismail Tambi, doktor pakar sakit tuan dari Malaysia sendiri.
.
Sila tonton video di bawah ini untuk penerangan lanjut.
(Video 2 minit lebih sahaja, InsyaAllah tak habis data internet).
.
Kesan positif XGENE ROYALE ini akan dialami secara berperingkat, seawal 7-14 hari, bergantung kepada faktor:-
.
1. Umur

.
Anda rasa bermanfaat?
.
Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.?
.
Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. ?