Bagi kebanyakan lelaki, kesihatan zakar lebih dikaitkan dengan penyakit seperti STI (Sexually Transmitted Infections) dan juga ED (Erectile Dysfunction).

.

Memang tak dinafikan bahawa kedua-dua masalah ini akan memberikan kesan terhadap kesihatan zakar anda, namun skop kesihatan zakar adalah lebih luas dari itu.

.

Kesihatan Zakar

.

Terdapat banyak perkara yang mampu memberikan kesan terhadap kesihatan zakar anda seperti:

  • Kebersihan diri
  • Perubahan gaya hidup
  • Masalah kesihatan

 

.

Apa Yang Memberikan Kesan Terhadap Kesihatan Zakar?

.

Kesihatan Zakar

.

Bila kami sebut berkenaan kesihatan zakar, apa yang kami maksudkan adalah:

  • Kemampuan anda untuk buang air kecil dengan selesa
  • Kemampuan zakar anda untuk ereksi dan kekalkannya
  • Tahap kesuburan anda

.

Kesihatan zakar juga termasuklah mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti kanser zakar dan juga STI.

.

Baca Juga : 3 Cara Mudah Tingkatkan Hormon Testosteron Anda!

.

Faktor berikut mampu memberikan kesan terhadap kesihatan zakar anda:

.

.

1. Paras Hormon

.

Kesihatan Zakar

.

ED biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan seperti paras testosteron yang rendah.

.

Ada banyak penyebab kepada tahap tetstosterone yang rendah ini dan kami akan kongsikan selanjutnya selepas ini.

.

.

2. Umur

.

.

Makin bertambah usia anda, makin tinggi kemungkinan untuk anda mengalami ED atau masalah mati pucuk.

.

Ia biasanya berkait rapat dengan paras hormon testosterone dalam badan anda.

.

Paras hormon ini akan berkurang bila anda semakin berusia.

.

.

3. Masalah Kesihatan

.

Kesihatan Zakar

.

Masalah-masalah kesihatan yang boleh membawa kepada masalah mati pucuk adalah seperti berikut:

  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes mellitus (kencing manis)
  • Masalah saraf

.

Selain itu, masalah lain yang melibatkan psikologi seperti anxiety dan juga depression turut mampu menjadi puncanya.

.

.

4. Seks

.

Kesihatan Zakar

.

Kalau anda dan pasangan anda nak melakukan hubungan seksual tanpa menggunakan kondom, pastikan anda dan pasangan bebas daripada STI.

.

Jika tidak, anda perlu pastikan anda menggunakan kondom dengan betul setiap kali anda ingin melakukan hubungan seksual kerana ia mampu mengurangkan risiko STI.

.

Seks yang ganas juga mampu memberikan kesan buruk terhadap zakar anda.

.

Sebagai contoh, bagi anda yang tidak berkhatan, kulit pada kepala zakar yang tertarik dengan kuat mampu mengoyakkannya.

.

Selain itu, jika anda secara tidak sengaja bengkokkan zakar anda yang sedang keras akan membuatkan zakar anda patah.

.

Baca Juga : Cara Ajak & Goda Isteri – Padukan lagi Hubungan Seks Anda, Suami Isteri

.

.

5. Ubat

.

.

Ada sesetengah ubat mampu meningkatkan risiko untuk anda mengalami ED.

.

Bincang dengan doktor atau pakar perubatan jika anda rasakan ubat yang sedang anda gunakan membawa kepada ED atau masalah seksual yang lain.

.

.

6. Kebersihan

.

Kesihatan Zakar

.

Mengamalkan penjagaan kebersihan yang menyeluruh mampu memberikan kesan terbaik terhadap kesihatan anda.

.

Cuci zakar anda dan bahagian berdekatannya dengan kerap untuk pastikannya kekal bersih.

.

Penjagaan kebersihan yang teruk akan membawa kepada pembentukan smegma iaitu keadaan berminyak dan gatal-gatal serta tidak selesa pada bahagian bawah kulit.

.

Jika smegma terbentuk dengan teruk, ia akan menyebabkan rasa tidak menyenangkan terhadap kulit. 

.

Bila pembentukan smegma berlarutan, ia akan membawa kepada balanitis, dimana kepala zakar anda akan menjadi merah menyala.

.

.

Tips Penjagaan Kesihatan Zakar

.

Kesihatan Zakar

.

Penjagaan zakar memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh atau dalam bahasa mudanya, kesihatan anda secara total memberikan kesan terhadap zakar anda.

.

Ia sangat penting kerana masalah kesihatan akan memberikan kesan terhadap kesuburan dan juga kesihatan zakar anda.

.

Antara saranan kami untuk memastikan kesihatan zakar anda terjamin adalah:

.

.

1.Kekalkan Hidrasi Badan Anda

.

.

Hidrasi adalah penting bukan sahaja untuk kesihatan zakar anda malah ia turut memberikan kesan positif terhadap kesihatan anda secara menyeluruh.

.

Kajian anda menunjukkan bahawa terdapat tanda-tanda yang menghubungkan diantara dehidrasi dan juga ED.

.

Jadi, cuba untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari.

.

.

2. Amalkan Diet Seimbang

.

Kesihatan Zakar

.

Diet yang seimbang merupakan diantara kunci terpenting untuk mengurangkan kemungkinan penyakit yang berisiko menyebabkan ED:

  • Kencing manis
  • Sakit jantung

.

Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2016 yang melibatkan 25,096 peserta dan kajian ini adalah untuk melihat hubungan diantara ED dan flavonoids.

.

Flavonoids ni biasanya dijumpai didalam sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

.

Para pengkaji mendapati peserta yang mengambil flavonoids secara kerap lebih rendah risiko untuk mengalami ED.

.

Antara makanan yang mampu meningkatkan kadar testosterone dan juga kesuburan anda adalah:

  • Bayam
  • Makanan pedas dengan capsaicin
  • Avocado

.

.

3. Bersenam Secara Kerap

.

.

Aktiviti senaman secara kerap mampu mengurangkan risiko untuk anda mengalami ED.

.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2015 melihat kepada mereka yang mengalami ED dan juga myocardial infarction atau lebih dikenali sebagai sakit jantung.

.

Menerusi kajian ini, ia menunjukkan bahawa home-based walking program mampu mengurangkan risiko mengalami ED.

.

Anda boleh mulakan dengan melakukan senaman mudah seperti berjalan sekitar beberapa minit secara konsisten setiap hari untuk meningkatkan kesihatan zakar anda dan kesihatan anda secara menyeluruh.

.

Tak perlu rushing untuk terus melakukan senaman berat seperti workout di gym dan sebagainya kerana risau anda tak cukup bermotivasi untuk kekal konsisten.

.

Baca Juga : Koleksi Senaman Batin Untuk Kekuatan Seks – Untuk Suami.

.

.

4. Cuba Pelvic Floor Exercises

.

.

Kalau diikutkan kebiasaan, senaman ini lebih kepada kesihatan faraj namun ia sebenarnya sangat berkesan untuk semua termasuklah kesihatan zakar.

.

Senaman jenis ini biasanya akan meningkatkan kemampuan zakar anda untuk ereksi dan kekalkannya.

.

Selain itu, ia juga mampu mengelakkan masalah kencing tak lawas.

.

Pada tahun 2005, ada satu kajian kecil dijalankan terhadap 55 lelaki yang mengalami masalah ED.

.

Hasil kajian tersebut sangat memberangsangkan kerana 40% daripada lelaki tersebut dapat mengembalikan ereksi zakar mereka.

.

35.5% daripada 55 lelaki tersebut pula melaporkan bahawa mereka tak berjaya mengembalikan ereksi zakar mereka sepenuhnya namun ia semakin pulih.

.

.

Anda juga boleh melakukan senaman Kegel yang basics dengan cara mengepit otot yang anda gunakan untuk buang air kecil.

.

Kepit untuk 5 saat dan lepaskan serta ulang sebanyak 10 kali sebelum perlahan-lahan naik ke 20 kali setiap sesi.

.

Lakukan setiap sesi dua atau tiga kali sehari.

.

.

5. Kekalkan Berat Badan Sihat

.

Kesihatan Zakar

.

Anda sendiri pun tahu banyak manfaatnya jika anda mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal untuk kesihatan anda.

.

Begitu juga untuk kesihatan zakar anda kerana berat badan turut memberikan kesan terhadapnya.

.

Selain itu ia juga akan mengurangkan risiko untuk anda terkena penyakit-penyakit berikut:

  • Kencing manis
  • Kolestrol tinggi
  • Penyakit jantung

.

Kesemua penyakit ini seperti yang kami dah beritahu anda berkali-kali, akan memberikan kesan terhadap kesihatan zakar anda.

.

.

Cara Mencuci Zakar Dengan Betul

.

.

Anda boleh mencuci bahagian zakar nada dengan menggunakan air suam dan dengan sabun jenis unscented dan mild.

.

Jangan gunakan sembarangan sabun dan menggosok zakar anda terlalu kasar kerana kawasan zakar sangat sensitif.

.

Faham kan maksudnya? Hehe..(Jangan melancap kalau anda tak faham lagi)

.

.

Pastikan anda:

  • Basuh bahagian zakar dan kulit dibahagian bawah zakar anda termasuklah kulit diantara celah kelangkang anda sebabnya kawasan tersebut banyak mengumpul peluh.
  • Cuci bahagian batang zakar anda.
  • Bagi anda yang tak berkhatan, tarik ke belakang sikit dan cucinya kerana smegma mudah terkumpul disini dan akan membawa kepada masalah seperti balanitis.
  • Basuh bahagian scrotum dan kulit disekelilingnya.
  • Basuh bahagian perineum (kulit diantara scrotum dan anus).
  • Basuh bahagian berdekatan anus dan diantara punggung anda.

.

std pada zakar

Benda ni mudah jer nak buat sebab anda boleh buat semuanya sewaktu mandi dan jangan lupa untuk periksa simptom-simptom STI  dibawah:

  • Bahan pelik yang keluar dari zakar anda
  • Ruam
  • Kulit melepuh
  • Ketuat

.

Lepas ni anda dah boleh lebihkan bab kebersihan zakar untuk pastikan kesihatan zakar anda lebih terjamin.

.

Jangan ambil mudah dan jangan harapkan pasangan anda jer yang kena jaga semua ni.

.

Lama-lama pasangan anda pun boleh jadi tak berselera kalau anda abaikan kebersihan dan kesihatan zakar anda.

.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan kesihatan zakar.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga. Semoga bermanfaat!


Oh yer. Lagi satu.

.

Bukannya nak terlalu promote atau apa, tapi suka untuk saya maklumkan sebenarnya.
.

Jika anda benar-benar serious nak selesaikan masalah berikut:-

.

1) Anda pernah beronani ketika usia muda, dah insaf, dan nak mula menjaga sebaiknya.
.

2) Kulit zakar terlalu sensitif (mudah terpancut).
.

3) Zakar kurang keras dan tegang, mungkin atas faktor peningkatan usia.
.

Jangan risau, XGENE ROYALE ada penyelesaiannya.

  

Apa yang menarik tentang XGENE ROYALE ini adalah, ianya mempunyai status Clinically Proven (Terbukti Berkesan Secara Klinikal) yang sah, sebelum dipasarkan ke pasaran umum.

.

Ya, Ia bukannya satu produk yang overclaim dan pelik-pelik seperti di luar sana.

.
Paling penting, XGENE ROYALE ini merupakan formulasi Dr. Ismail Tambi, doktor pakar sakit tuan dari Malaysia sendiri.

.

Sila tonton video di bawah ini untuk penerangan lanjut.

(Video 2 minit lebih sahaja, InsyaAllah tak habis data internet).

Nota:
.
Kesan positif XGENE ROYALE ini akan dialami secara berperingkat, seawal 7-14 hari, bergantung kepada faktor:-
.
1. Umur
2. Status kesihatan
3. Gaya pemakanan
4. Cara & kekerapan penggunaannya.
    
   
Anda serious nak menjaga aset anda mulai daripada sekarang?
.
Ketahui lebih lanjut tentang cara penjagannya.
.
Klik sini untuk maklumat lanjut tentang XGENE ROYALE.
    
    xgene royale 
 
Formulasi Daripada Dr Pakar, Untuk Setiap Suami Yang Prihatin
.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.👇

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. 😆