Nafsu seks anda semakin menurun?

.

Tidak seperti zaman muda-muda dulu?

.

Keghairan seks ni, sesuatu yang ada naik turunnya – susah untuk dikawal.

.

Kadang kala nafsu seks kita membara mencanak-canak.

.

Tetapi kebanyakan masa, susah untuk kita ‘aktifkan’ 100% potensi seksual kita di waktu yang betul-betul diperlukan – ketika pasangan kita sudah bersedia.

Oleh itu, menelusuri alam rumah tangga, antara ilmu dan persediaan yang perlu diketahui berat oleh Suami yang prihatin adalah, cara untuk sentiasa tingkatkan nafsu seksual (libido).

.

Kalau nak diikutkan, para suami di Malaysia juga tidak berkecuali.

.

Ramai sebenarnya lelaki yang mengalami masalah kurangnya nafsu seksual, terutamanya mereka yang berada di pertengahan usia.

Tahukan anda, masalah libido seksual ini sedang melanda lebih 13 juta penduduk dunia?

.

Tidak hairanlah banyak produk-produk perangsang seks pelik-pelik & overclaim yang boleh didapati di pasaran gelap Malaysia ini

.

Jika anda tergolong dalam golongan ini, jangan risau.

.

Ada beberapa kaedah yang boleh dilikhtiarkan untuk membaiki kualiti nafsu seksual kelelakian anda, seperti di bawah.

.

Kebanyakan kaedah-kaedah ini nampak simple, tapi percayalah; ini lah langkah-langkah yang perlu diambil.

.

Buat tak buat sahaja. 

1. Perlu Selalu Bersenam – Untuk Tingkatkan Paras Hormon Testosterone.

Nafsu seksual lelaki sebenarnya berpunca daripada kandungan hormon dalam badan yang dikenali sebagai hormon testosteron.

.

Jadi, untuk tingkatkan nafsu seksual lelaki, kandungan testosteron mestilah pada kuantiti yang optimum.

.

Untuk lelaki yang sihat tubuh badan dengan BMI yang baik, kadar testosteron adalah dalam kuantiti yang optimim.

.

Berbanding dengan mereka yang mengalami masalah berat badan ataupun obesiti, jumlah testosteron adalah sangat kurang.

Disebabkan itulah, bagi golongan yang mengalami masalah obesiti, keinginan untuk melakukan seksual mereka lebih rendah berbanding lelaki yang sihat tubuh badannya.

.

Tahukah anda, lemak perut dan obesiti adalah pembunuh testosteron yang utama.

.

Kajian telah menunjukkan bahawa lelaki yang obes memiliki 50 % lebih kurang testosteron berbanding lelaki sihat.

.

Jadi, bersenamlah selalu & kawal pemakanan anda mulai hari ini untuk elakkan obesiti. 

    

2. Tidur yang Berkualiti & Mencukupi.

 

Salah satu cara untuk tingkatkan nafsu seksual lelaki ialah dengan mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi.

.

Tempoh tidur yang disarankan untuk seorang lelaki dewasa adalah 8 jam.

.

Dalam kehidupan yang serba sibuk ini, jika tidak mampu untuk tidur selama 8 jam di malam hari, cuba untuk fokus kepada tidur yang berkualiti.

.

Tidur yang sempurna akan menyebabkan badan kita bertenaga secara zahir dan batin.

.

Kajian telah menunjukkan bahawa, tidur yang tidak mencukupi iaitu hanya selama 4 hingga 5 jam sehari boleh menyebabkan penurunan penghasilan testosteron dalam badan sebanyak 10-15 %.

.

Peratusan ini cukup tinggi untuk menurunkan nafsu seksual lelaki.

.

Jadi, dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti bermula malam ini.

.

*Boleh juga baca selepas ini, Cara tingkatkan kekerasan zakar (ereksi). 

3. Belajar Untuk Kawal Stress Anda.

 

Stress merupakan faktor kepada penurunan kepada penghasilan testosteron dalam badan.

.

Apabila anda stress, akan berlaku gangguan hormon dalam badan.

.

Dalam sistem endokrin, hormon yang tidak stabil akan mempengaruhi penghasilan dan fungsi hormon lain dalam badan.

.

Jadi, segerakan berehat apabila menyedari anda dalam keadaan stress.

.

Tarik nafas dalam-dalam dan lihat pemandangan hijau ataupun lakukan aktiviti refleksi seperti solat ataupun yoga.

.

Rehat sebegini akan menghilangkan stress dan mengembalikan kestabilan hormon dalam badan.

.

Secara langsung, kadar testosteron dalam badan juga akan stabil, dan nafsu seksual lelaki boleh dikembalikan seperti muda-muda dulu.

3. Jaga Pemakanan & Lebihkan Makanan Tertentu.

 

Untuk tingkatkan nafsu seksual lelaki, pemakan juga memainkan faktor utama.

.

Bagi lelaki, pilihan makanan perlulah tepat untuk mengembalikan kestabilan testosteron dalam badan.

.

Makanan berasaskan ikan sangat elok untuk penghasilan hormon.

.

Memang kandungan protein dalam ikan akan yang menjadi bahan asas dalam penghasilan testosteron.

.

Selain itu, banyakkan juga makan makanan yang kaya dengan khasiat vitamin A dan E.

.

Kedua-dua vitamin ini juga sangat penting dalam penghasilan hormon lelaki. 

Lobak merah merupakan sayuran yang kaya dengan vitamin A, manakala kacang almond kaya dengan vitamin E.

.

Lagi satu vitamin yang penting dalam penghasilan testosteron ialah Vitamin D.

.

Dapatkan makanan yang kaya dengan vitamin D seperti makanan laut, dapat menstabilkan kadar testosteron dalam badan.

.

Juga, bersenam dan ‘berjemur’ di bawah matahari pagi selama 15 minit juga dapat meningkatkan kesihatan seksual lelaki, kerana sinaran matahari pagi boleh membekalkan vitamin D pada badan.

.

Selamat mencuba.

.

***Oh ya, adakah Isteri anda yang sering kali kurang nafsu seksual?

Boleh tekan, 3 cara tingkatkan nafsu syahwat isteri.

* * * * * * * * * * * * * * * *

Anda rasa bermanfaat?

Jom like Facebook Page kami di bawah untuk lebih banyak tips-tips penjagaan Kesihatan Suami.

Free sahaja.

Dan… feel free untuk tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan👌.