Kita selalu dengar tentang air mani lelaki, bagaimana pula air mani wanita?
.
Perempuan ada air mani ke?
.
Jelas lah pengetahuan kita terhadap tubuh badan wanita agak kurang.
.
.
Kita selalu dengar bahawa lelaki akan keluarkan air mani setiap kali mereka pancut/ejakulasi. Jangan tak tahu, perempuan pun ada air mani juga tau.
.
Tetapi pancutan air mani wanita agak berbeza sedikit berbanding lelaki.
.
Nak tahu? Jom baca dengan lebih lanjut, kami nak terangkan lebih lanjut ni.
.
.
Baca Juga: TIPS TAHAN LAMA DI RANJANG – Khas Untuk Anda Si Suami.
.
.
.
.
Air mani wanita ialah sejenis cecair yang akan keluar semasa melakukan hubungan seks/onani.
.
Bagaimana air mani wanita keluar?
.
Ianya biasanya akan memancut keluar (ejaculate) melalui saluran uretra semasa wanita itu dirangsang melalui hubungan seks ataupun onani.
.
Saluran ini juga merupakan saluran yang sama air kencing keluar daripada tubuh badan.
.
.
Tapi tak semestinya waktu mereka orgasm sahaja, waktu faraj mereka dirangsang juga boleh keluar air mani wanita ini.
.
Para pengkaji juga tidak dapat memahami secara penuh tentang air mani wanita. Kajian dan rujukan yang dijalankan juga agak terhad untuk memahami bagaimana ia berfungsi.
.
Namun, air mani wanita adalah salah satu hasil tindak balas tubuh badan yang normal.
.
.
Tidak dapat dipastikan berapa ramai dari kalangan wanita yang sedar mereka pernah berejakulasi.
.
Ada dua jenis cecair yang berbeza yang keluar apabila mereka orgasm:
• Cecair Squirt – Cecair ini kebiasaannya tidak berwarna dan tidak berbau, serta keluar dalam kuantiti yang banyak.
• Air Mani Wanita – Rupa luarannya lebih menyamai air mani lelaki. Likat dan warna air mani mereka yang agak keruh.
.
Analisis makmal mendapati, air mani wanita
mengandungi asid prostatik fosfatase (PSA), yang mana menyamai kandungan yang ada didalam air mani lelaki.
.
.
Tambahan pula, ia
juga mengandungi fruktosa, yang mana merupakan salah satu kandungan yang ada didalam air mani lelaki.
.
Seperti yang kita tahu, fruktosa merupakan sejenis gula. Jadi kandungan fruktosa ini lah yang memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak.
.
.
.
.
.
.
Sejak berpuluh tahun kebelakangan ini, para saintis menganggap air mani mereka sebagai perkara yang dibuat-buat.
.
Tapi ramai antara pengkaji yang tidak bersetuju pada mulanya sudah mula menerima kewujudan air mani wanita.
.
Pada tahun 2014, satu kajian dijalankan kepada tujuh orang wanita yang mengaku pernah mengeluarkan air mani ketika melakukan hubungan seks.
.
.
Pengkaji waktu itu mengimbas pundi kencing mereka dengan imbasan ultrasound terlebih dahulu untuk memastikan pundi kencing mereka kosong tanpa ada air kencing.
.
Kemudian, para perserta tadi mula merangsang diri mereka sehingga keluar air mani yang dikatakan tadi, sementara itu para pengkaji pula terus memerhati melalui monitor ultrasound.
.
.
Hasil dari kajian ini mereka mendapati, pundi kencing yang kosong itu tadi mula diisi sewaktu mereka terangsang, dan mulai kosong selepas waktu mereka ejakulasi.
.
.
.
Ejakulasi yang berlaku kepada kaum wanita sebenar merupakan perkara yang normal sahaja sebenarnya. Cuma ia jarang dibahaskan secara terbuka, jadi ramai individu yang tak tahu tentang kewujudannya pada wanita.
.
.
Berdasar kepada pakar, sebanyak 10% hingga 50% wanita berejakulasi semasa melakukan hubungan seks.
.
Pakar juga berpendapat, bahawa ramai wanita yang pernah berejakulasi tapi ramai dari mereka yang tidak sedar ketika mereka mengalami ejakulasi.
.
Ada beberapa kajian dijalankan yang melibatkan 233 orang wanita. Hasilnya mendapati, 14% daripada mereka pernah mengeluarkan air mani setiap kali mereka orgasm.
.
.
Pakar membandingkan sample air kencing sebelum dan selepas orgasma. Mereka mandapati air kencing selepas wanita orgasma mengandungi PSA.
.
Mereka merumuskan bahawa tubuh badan wanita menghasilkan air mani, tetapi bukan setiap masa mereka mengeluarkannya. Kadang-kala ia kembali ke pundi kencing dan dikeluarkan bersama-sama air kencing semasa mandi.
Baca Juga: (Diet Atkins) 3 Perkara Tentang Diet Atkins Yang Wajib Anda Tahu
.
.
.
.
Ramai orang yang tak faham apa perbezaan antara kedua-dua fenomena ini. Ramai juga antara mereka memanggil perbuatan ini dengan istilah yang sama, iaitu squirt.
.
Sedangkan ada perbezaan yang sangat ketara antara kedua-duanya.
.
Squirting ialah pancutan air yang kita boleh tengok dalam video-video lucah. Ianya lebih kerap berlaku berbanding air mani.
.
.
Cecair yang dikeluarkan semasa squirt kebanyakkannya adalah air. Ia dikumpulkan di pundi kencing dan keluar melalui uretra sama seperti ketika kencing.
.
Manakala, air mani perempuan seperti yang kita bincangkan tadi lebih likat dan berwarna putih.
.
.
.
.
Pakar mempercayai air mani yang keluar semasa ejakulasi dihasilkan dari kelenjar Skene’s.
.
Ini juga merupakan sejenis kelenjar yang sama dengan kelenjar Prostat yang ada pada lelaki.
.
Kelenjar ini terletak di sebelah dalam kawasan faraj, berdekatan dengan G-spot.
.
Cecair yang keluar tersebut bukan lah seratus peratus air kencing. Tetapi air mani mereka ialah cecair enzim prostat yang, kadang kala ia bercampur sedikit dengan air kencing.
.
Mungkin ia juga laluan dan tempat penyimpanan yang sama seperti lah yang menyebabkan pencampuran dua jenis cecair tadi.
.
Sama juga kepada cecair squirt yang keluar, dalam cecair tersebut ada juga sedikit jumlah air mani.
.
.
Tetapi keduanya adalah jenis cecair yang sangat berbeza. Kuantiti yang dikeluarkan juga bergantung kepada individu tersebut.
.
Ada satu kajian yang dijalankan pada tahun 2013, melibatkan 320 orang wanita. Purata air mani yang dikeluarkan adalah 150mL. Jumlah ini bersamaan dengan jumlah setengah gelas air!
.
Berdasarkan kajian pada tahun 2014, mereka dapati air mani wanita ada rasa manis. Ini munkin kerana kandungan air mani mempunyai persamaan dengan air mani lelaki, iaitu jumlah fruktosa yang merupakan salah satu jenis gula/pemanis.
.
.
Dari segi bau pula, ia sama sekali tak sama dengan bau air kencing. Berdasarkan kajian, air mani kaum wanita tak ada bau, sama juga dengan air mani lelaki.
.
.
.
Mesti anda tertanya-tanya soalan ini daripada tadi kan?
.
.
Sebenarnya para pengkaji juga masih lagi membahaskan apakah teknik atau cara memancutkan air mani yang paling tepat.
.
Mereka juga masih lagi mengkaji adakah rangsangan terhadap G-spot, kelentit, dan orgasma berkait rapat dengan penghasilan air mani wanita. Ada juga yang mengatakan sebaliknya.
.
Kewujudan G-spot juga sudah jadi salah satu tanda tanya yang masih tak dapat diselesaikan oleh pakar sehingga kini.
.
.
Jika anda dapat kenal pasti dimana kawasan G-spot anda atau isteri anda, ini boleh meningkatkan peluang untuk anda mengalami ejakulasi.
.
Kalau anda nak tahu, tak ramai perempuan yang pernah keluar air mani sebenarnya. Ia bukan perkara yang mudah seperti menunggang basikal sebenarnya.
.
Secara mudahnya, air mani akan terhasil apabila alat kelamin wanita berjaya dirangsang dengan betul.
.
.
.
.
Jadi anda nak isteri anda ejaculate, pastikan si dia seronok apabila bersama dengan anda.
.
Kenali tubuh badan isteri anda. Gunakan teknik yang dapat merangsang nafsu isteri anda sehingga ke tahap yang maksima.
.
Dengan cara ini anda dapat tingkatkan peluang isteri anda untuk mengalami ejakulasi.
.
.
Sentiasa berlatih apa cara yang sesuai untuk anda buat isteri anda pancut/ejakulasi. Sentiasa rangsang G-spot dan puaskan isteri anda semaksima mungkin.
.
Jangan lupa juga rangsang bahagian biji kelentit dan bahagian dalam faraj isteri anda, bukan hanya pada G-spot si dia sahaja.
.
Kunci untuk anda dan pasangan anda capai nikmat seks yang maksima ialah relax. Jangan terlalu terburu-buru untuk mencapai klimaks dan nikmat seks.
.
.
Bertenang dan cuba lah teknik-teknik yang anda rasa paling sesuai untuk anda dan pasangan anda.
.
Ingat wanita memerlukan rangsangan dan belaian yang secukupnya untuk mencapai klimaks sebelum mereka puas dan berhenti.
.
.
Baca Selepas Ini: Cara Ajak & Goda Isteri – Padukan lagi Hubungan Seks Anda, Suami Isteri
.
.
.
.
Jika anda rasa ejakulasi itu tahap tertinggi kepuasan isteri anda, anda silap. Sebenarnya berejakulasi bukan lah tanda kepuasan seseorang wanita tersebut.
.
Kalau nak tahu, air mani boleh sahaja keluar walaupun isteri anda tak orgasme waktu itu. Isteri anda masih lagi boleh menikmati seks yang puas walaupun tak berejakulasi.
.
Apa yang paling penting ialah untuk pastikan anda dan isteri anda sentiasa menikmati aktiviti seks yang puas dan explore cara baru yang selesa untuk anda dan pasangan.
.
.
Individu wanita yang tak pernah keluar air mani semasa melakukan hubungan seks adalah normal, dan anda tidak keseorangan.
.
Ada seorang wanita yang pertama kali keluar air mani pada usia 68 tahun! Lagi lah lama.
.
.
.
.
.
.
Bukan lelaki sahaja yang ada air mani, wanita juga boleh menghasilkan air mani sama seperti lelaki. Kandungan yang ada pada air mani wanita juga sama dengan kandungan yang ada pada air mani lelaki.
.
Air mani wanita bukan lah suatu tanda aras tahap kepuasan seseorang. Yang lebih penting ialah anda dan pasangan anda sama-sama menikmati aktiviti malam jumaat anda berdua.
.
Bagi isteri yang tak pernah keluar air mani ada perkara yang normal, kerana tak semua wanita boleh keluarkan air mani, apa tah lagi dengan sengaja.
.
.
Ia juga sama sekali tidak ada kena mengena dengan kesuburan seseorang. Sebagai suami tak perlu bersusah hati lagi. Nikmat seks tetap dapat dinikmati bersama dengan isteri anda.
.
Baiklah itu sahaja perkongsian kami pada kali ini.
.
Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan dengan sebaik mungkin.
.
.
Terima kasih kerana telah setia menyokong content kami.
.
Semoga bermanfaat.
.
Assalamualaikum.
.
.
Jom Baca: Kenapa Anda Masih Ketagih Pornografi Walaupun Sudah Berkahwin?
.
.
Leave a Comment