Keluarga Bahagia – Tanda, Ciri-ciri, & Cara Untuk Mendapatkannya

By 4 months ago

Memiliki keluarga bahagia merupakan impian semua orang.

.

Tidak ada seorang pun yang menginginkan keluarga yang kucar-kacir, tidak harmoni dan selalu berbalah.

.

Ianya bukan perkara yang mudah.

.

.

Sudah tentu untuk mencapai hasrat tersebut memerlukan pelbagai usaha dan pengorbanan yang tidak berbelah dari setiap ahli keluarga.

.

Keluarga pula bukan lah setakat dua orang dewasa dan anak-anak yang tinggal dibawah satu bumbung sahaja, malah ianya lebih dari itu.

.

Pelbagai aspek dan ciri-ciri perlu dititikberatkan supaya ianya dapat dicapai.

.

.

Teruskan membaca sebab harini kami nak kongsikan apakah yang dimaksudkan dengan keluarga bahagia dan cara-cara untuk mendapatkannya.

.

Baca Juga:  Tips Malam Pertama – Anda Pengantin Baru Jangan ‘Noob’ Sangat. Konfiden!

.

.

Keluarga Bahagia

.

.

Keluarga terdiri dari dua individu atau lebih yang mempunyai kaitan sama ada melalui ikatan perkahwinan atau pertalian darah.

.

Mereka hidup dan tinggal didalam satu komuniti yang di panggil keluarga yang mana masing-masing saling berhubung dan berinteraksi antara mereka.

.

Keluarga juga merupakan satu kelompok terkecil masyarakat yang mana mereka mempunyai peranan masing-masing untuk mempertahan, dan menjaga kelangsungan kelompok tersebut.

.

.

Apa maksud keluarga bahagia?

.

Keluarga bahagia pula muncul apabila seseorang ahli keluarga itu dapat mengamalkan sifat-sifat yang baik seperti bertolak ansur, bersangka baik, memahami, amanah, dan bersyukur terhadap ahli keluarga yang lain.

.

Suasana yang gembira, aman dan tenteram merupakan salah satu tanda sesebuah keluarga itu bahagia. 

.

Gambar Keluarga Bahagia

.

Keluarga yang bahagia sudah tentu saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Mereka juga mengamalkan gaya hidup yang sihat berlandaskan agama, dan nilai-nilai moral yang tinggi, serta bebas dari perbuatan-perbuatan negatif seperti gejala sosial.

.

Ini penting kerana keluarga bahagia adalah salah satu penyumbang kepada nilai masyarakat yang saling hormat-menghormati, positif dan harmoni.

.

.

Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

.

.

Tempat tinggal – Mempunyai tempat berlindung dan tempat tinggal yang selesa dan sempurna dengan keperluan harian. Di rumah lah segalanya bermula, disini juga lah tempat mereka menghabiskan masa bersama antara satu sama lain.

.

Pendidikan – Anak-anak mendapat pendidikan yang mencukupi sama ada disekolah mahupun dirumah. Memberi pendidikan kepada anak-anak adalah merupakan salah satu tanda ibu bapa memainkan peranan mereka.

.

Gaya hidup sihat – Ahli keluarga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Menyediakan dan makanan makanan yang seimbang serta sentiasa melakukan aktiviti riadah di luar bersama merupakan ciri-ciri sesebuah keluarga yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

.

Berkomunikasi – Keluarga yang bahagia sentiasa berkomunikasi secara sihat, saling hormat menghormati, bersopan santun dengan ibu bapa, dan berinteraksi secara positif antara satu sama lain.

.

.

Memainkan Peranan – Setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing untuk dipegang dan dipraktikkan. Sebagai anak, mereka perlu taat, dan menghormati orang tua mereka. Sebagai ibu bapa pula mereka hendaklah menyediakan setiap keperluan dan memberi nafkah zahir dan batin kepada setiap ahli keluarga.

.

Ekonomi keluarga stabil – Keluarga yang bahagia bukan lah bermaksud mesti kaya raya, sebaliknya keluarga yang mempunyai ekonomi keluarga yang stabil, yang mampu menampung perbelanjaan harian, dan boleh menyara mereka dalam jangka masa yang panjang.

.

Amalan Agama – Selain diatas, agama juga tidak dilupakan. Tidak dinafikan, agama juga merupakan salah satu faktor yang menentukan kebahagiaan sesebuah keluarga. Memberi pendidikan dan mengamalkan nilai-nilai agama merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan untuk mencapat keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai adab dan moral yang tinggi.

.

Sayang menyayangi – Keluarga adalah sekelompok individu yang saling sayang menyayangi, tidak mementingkan diri sendiri, dan sentiasa ambil peduli tentang keadaan sesama mereka sendiri. Ini kerana kekurangan sokongan dari ahli keluarga boleh membawa salah seorang daripada mereka ke jalan yang salah.

.

.

Jika keluarga anda tiada salah satu ciri-ciri diatas, berkemungkinan anda tidak mempunyai keluarga yang bahagia dan ini sangat membimbangkan.

.

.

Anda ketua keluarga, sila ambil langkah yang segera sebelum terlambat.

.

.

Bagaimana melahirkan keluarga bahagia?

.

Untuk melahirkan keluarga yang bahagia, ianya memerlukan kerjasama semua pihak. Baik dari ibu bapa serta anak-anak.

.

.

Setiap ahli keluarga juga hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya objektif perkahwinan dan keluarga dapat dicapai dengan berjaya.

.

.

1) Peranan ibu dan bapa

.

Anda sebagai ibu dan juga bapa perlu sedar apakah tanggungjawab suami dan isteri kepada keluarga.

.

.

Setiap peranan anda sebagai salah seorang ahli keluarga mesti dimainkan dan anda juga mestilah memahami maksud sebenar rumahtangga yang anda ingin kecapi.

.

Perbincangan dan kata sepakat hendaklah diadakan bersama pasangan anda tentang bagaimana cara melahirkan keluarga bahagia.

.

Setiap masalah dan kemusykilan perlu dibincangkan agar persefahaman dapat diperolehi.

.

2) Komunikasi Berkesan

.

.

Anda sebagai salah seorang ahli dalam keluarga anda berperanan dalam menjadikan keluarga anda tenteram dan harmoni.

.

Pergaduhan dan perbalahan dapat dielakkan dan diselesaikan sekiranya anda sentiasa berkomunikasi dan berbincang cara untuk menyelesaikan masalah tersebut bersama sama ahli keluarga.

.

Kongsikan segala masalah dan konflik yang dihadapi dengan cara yang professional dan elakkan perasaan marah dan emosi yang tidak stabil daripada mengganggu komunikasi anda tersebut.

.

.

Ini supaya masalah yanng berlaku dapat diselesaikan dengan adil dan baik serta semua pihak dapat menerima dengan hati yang terbuka akan apa yang berlaku.

.

.

3) Menerima 

.

.

Amalkan sikap saling menerima kelemahan masing-masing.

.

Ini kerana setiap daripada kita dilahirkan untuk mempunyai perbezaan daripada sikap, cara kita mengawal keadaan, dan penerimaan kita terhadap sesuatu konflik yang baru.

.

Anda perlu sedar akan kelemahan anda dan pasangan anda, serta ahli keluarga yang lain dan berikan lah sokongan moral yang tinggi dan tidak berbelah bahagi kepada mereka agar dapat sama-sama berubah kearah yang lebih baik.

.

.

Sikap sabar dan saling hormat menghormati antara satu sama lain boleh menambah rasa cinta dan kebahagiaan rumah tangga anda.

.

.

Baca selepas ini: Cara Berhenti Onani (Melancap) – Bagi Anda Yang Baru Sedar & Insaf

.

.

4) Nafkah

.

.

Untuk mencapai keluarga yang bahagia, pemberian nafkah zahir dan batin perlu diutamakan.

.

Tempat tinggal serba lengkap hendaklah disediakan oleh ibu bapa supaya anak-anak dan ahli keluarga dapat tinggal dalam keadaan yang selesa, dan cukup segala keperluan.

.

Makanan dan minuman yang sihat, dan mencukupi hendaklah disediakan oleh ibu bapa supaya anak-anak dapat merasa selamat dan tenteram apabila berada dirumah.

.

.

Didikan agama juga tidak dilupakan. Ini kerana anak-anak merupakan amanah Allah SWT terhadap ibu dan bapa.

.

Mereka juga merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu diberi perhatian penuh,  didikan agama serta moral yang mencukupi dalam menyediakan mereka untuk menghadapi dunia sebenar kelak.

.

Nafkah batin terhadap isteri juga penting tuan-tuan.

.

.

Perkahwinan memang bukan hanya setakat seks semata-mata, tetapi ianya bukan alasan untuk kita mengabaikan tanggungjawab yang dipikul tersebut.

.

.

KIta sering bertanyakan soalan ini seumur hidup kita, ‘bagaimana kita dapat mewujudkan keluarga bahagia’?

.

Aspek-aspek diatas lah yang perlu dititikberatkan oleh setiap ketua keluarga, pastikan anda ada semua yang dinyatakan tadi.

.

.

Kenapa keluarga tidak bahagia?

.

1) Tak ada ilmu dan tidak bersedia menghadapi konflik

.

.

Banyak kes rumahtangga yang berlaku akibat dari kurangnya ilmu yang mencukupi untuk menghadapi setiap masalah dan konflik yang berlaku.

.

Banyak dari mereka juga tidak mempunyai inisiatif untuk meminta nasihat dari khidmat kaunseling atau individu yang mempunyai pengalaman.

.

Masalah yang berlaku sepatutnya diselesaikan dengan pemikiran yang bijak dan rasional.

.

.

Persediaan yang cukup perlu dilakukan sebelum anda mendirikan rumahtangga, bagi yang sudah berkahwin pula khidmat kaunseling rumahtangga merupakan penyelesaian yang bijak, untuk memperbaiki keadaan sekarang ini.

.

.

2) Mengabaikan kepentingan agama

.

.

Mungkin ada diantara mereka yang menganggap bahawa agama bukan salah satu perkara yang penting dalam sesebuah keluarga.

.

Kelemahan ini adalah kesilapan yang perlu dielakkan kerana agama merupakan faktor yang menentukan tahap kesihatan rohani seseorang.

.

Contohnya agama islam mempunyai jawapan kepada setiap permasalahan, baik dari sekecil-kecil masalah hingga lah ke sebesar-besar masalah.

.

 

.

Hukum hakam yang telah ditetapkan juga mempunyai alasan-alasan yang munasabah dan mempunyai hikmah yang sangat-sangat besar terhadap permasalahan yang berlaku.

.

Jika anda mengabaikan perkara ini, kehidupan kebahagiaan yang anda kecapi tidak akan pernah lengkap dan sempurna.

.

.

3) Tiada perancangan masa hadapan

.

.

Ramai antara mereka yang gagal dalam menguruskan keluarga disebabkan mereka gagal untuk merancang masa hadapan keluarga mereka.

.

Ianya penting kerana dengan perancangan yang teliti dan yang berpandangan jauh, anda akan merancang dari pelbagai aspek.

.

Ini termasuk dari aspek kewangan, pendidikan anak-anak, dan dari segala aspek-aspek penting yang lain yang boleh menjadi pemboleh ubah kepada keluarga bahagia.

.

.

Cara berfikir yang pendek dan mengabaikan keperluan jangka masa panjang akhirnya akan menyebabkan keruntuhan rumah tangga dan boleh menyebabkan penceraian jika konflik tersebut tidak dapat diselesaikan.

.

.

4) Tidak mahu memperbaiki diri dan keluarga

.

.

Ramai daripada mereka yang gagal dalam rumahtangga juga kerana mereka berpuas hati dengan keadaan yang berlaku kepada mereka.

.

Keadaan ini menyebabkan kesemua dari ahli keluarga tersebut tidak menyedari apakan kekurangan pada mereka.

.

Mungkin juga apabila mereka sudah terbiasa dan selesa dengan keadaan tersebut, walaupun ianya merupakan keadaan yang tidak sihat tetapi dek kerana sudah terbiasa dan selesa, mereka memilih untuk terus berada di dalam keadaan tersebut sehingga lah ianya sudah tidak dapat diubah dan diperbaiki lagi.

.

.

5) Melepaskan tanggungjawab kepada sebelah pihak

.

.

Ramai dari golongan suami yang menganggap kerja rumah seperti membersihkan lantai, basuh kain dan pinggan mangkuk itu kerja wanita.

.

Tetapi sebenarnya pekerjaan itu adalah tugas suami sebenarnya, tugas isteri hanyalah mengikut perintah suami.

.

Memang si isteri perlu menurut apa yang suami suruh tetapi anda sebagai suami perlulah bertimbang rasa dan menolong isteri melakukan kerja rumah.

.

.

Tugas isteri bermula dari beliau bangun tidur hinggalah beliau masuk tidur keesokkan harinya.

.

Apa lah salahnya suami membantu meringankan beban si isteri setiap hari tersebut, betul tak?

.

.

Anda yang baru berkahwin dan ingin melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, sila take note, dan jangan ambil mudah perkara ini.

.

.

Budaya sebegini yang berlanjutan mungkin akan diamalkan oleh anak-anak anda apabila mereka sudah berumahtangga suatu hari nanti.

.

Sentiasa lah perbaiki setiap kelemahan yang dilihat supaya anda boleh memperbaiki apa yang kurang dalam keluarga anda.

.

Kesimpulan

.

.

Untuk memperoleh keluarga bahagia memerlukan kerjasama dan pengorbanan dari setiap ahli keluarga.

.

Pelbagai aspek penting perlu dititikberatkan seperti memupuk sikap kasih sayang, peranan agama, dan segala keperluan setiap ahli keluarga untuk mengekalkan keluarga yang bahagia.

.

Sikap tolak ansur dan pemikiran yang bijak serta rasional dalam menyelesaikan sesuatu konflik boleh menyelamatkan keluarga dari berlaku sebarang masalah yang tidak diingini, tanpa kerja sama dari setiap anggota keluarga bahagia tidak mungkin akan tercapai.

.

.

Ibu bapa juga berperanan dalam pembentukan jati diri dan peribadi anak-anak, dan sentiasa mencari ilmu dalam memantapkan lagi ilmu keibubapaan.

.

.

Baik lah, sekian sahaja perkongsian kami untuk kali ini.

.

Diharap apa yang dikongsikan kami pada hari ini dapat dijadikan tambah nilai kepada pengetahuan pembaca semua.

.

.

Terima kasih kerana telah membaca. Semoga bermanfaat!

.

Assalamualaikum.

.

.

Baca Sekarang:  G SPOT & CARA MELAKUKANNYA – Untuk Pengetahuan Anda Si Suami.

.

.

.

.


Oh yer. Lagi satu.

.

Bukannya nak terlalu promote atau apa, tapi suka untuk saya maklumkan sebenarnya.
.

Jika anda benar-benar serious nak selesaikan masalah berikut:-

.

1) Anda pernah beronani ketika usia muda, dah insaf, dan nak mula menjaga sebaiknya.
.

2) Kulit zakar terlalu sensitif (mudah terpancut).
.

3) Zakar menjadi kehitaman, kontot, kurang keras dan tegang, mungkin atas faktor peningkatan usia.
.

Jangan risau, XGENE ROYALE ada penyelesaiannya.

.

Apa yang menarik tentang XGENE ROYALE ini adalah, ianya mempunyai status Clinically Proven (Terbukti Berkesan Secara Klinikal) yang sah, sebelum dipasarkan ke pasaran umum.

.

Ya, Ia bukannya satu produk yang overclaim dan pelik-pelik seperti di luar sana.

.
Paling penting, XGENE ROYALE ini merupakan formulasi Dr. Ismail Tambi, doktor pakar sakit tuan dari Malaysia sendiri.

.

Sila tonton video di bawah ini untuk penerangan lanjut.

(Video 2 minit lebih sahaja, InsyaAllah tak habis data internet).

Nota:
.
Kesan positif XGENE ROYALE ini akan dialami secara berperingkat, seawal 7-14 hari, bergantung kepada faktor:-
.
1. Umur
2. Status kesihatan
3. Gaya pemakanan
4. Cara & kekerapan penggunaannya.
Anda serious nak menjaga aset anda mulai daripada sekarang?
.
Ketahui lebih lanjut tentang cara penjagannya.
.
Klik sini untuk maklumat lanjut tentang XGENE ROYALE.
.
     
Formulasi Daripada Dr Pakar, Untuk Setiap Suami Yang Prihatin

.


.

Anda rasa bermanfaat?

.

Jangan lupa Like kami di Facebook, di bawah ni ya.👇

.

Lebih banyak lagi tips kesihatan seks yang best-best. 😆

Share
Jejaka Arman

Leave a Comment